Bekalan Tinggi Seret Turun Harga Minyak


SINGAPURA: Harga minyak susut dalam awal dagangan hari ini berikutan bekalan yang tinggi walaupun inisiatif yang diketuai OPEC untuk mengurangkan pengeluaran masih lagi berjalan.

Petunjuk permintaan yang merosot mencetuskan sentimen yang lemah dan menyebabkan paras harga adalah setanding dengan harga semasa pengurangan hasil diumumkan buat pertama kalinya tahun lalu.

Niaga hadapan Brent susut 11 cents atau 0.23 peratus kepada AS$47.26 setong. Minyak mentah U.S. West Texas Intermediate (WTI) susut 11 cents, atau 0.25 peratus kepada AS$44.63 setong.

Harga bagi kedua-dua penanda aras itu susut hampir 13 peratus sejak Mei lalu selepas pengeluar minyak mentah dunia melanjutkan perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari.

Perjanjian itu dilanjutkan selama sembilan bulan lagi sehingga hujung suku pertama tahun 2018.

Peniaga berkata faktor utama yang menyebabkan harga rendah adalah peningkatan stabil pengeluaran di Amerika Syarikat (AS) yang telah menjejaskan usaha OPEC untuk mengetatkan pasaran.

"Jumlah pelantar minyak di AS terus meningkat, minggu lalu kepada enam pelantar. Sejak 27 Mei 2016, pengeluar telah menambah 431 pelantar minyak di AS," kata Goldman Sachs Jumaat lalu. - Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqw6Zv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top