Balik kampung isteri ke suami untuk raya ni? Untuk bantu anda buat keputusan, ini ada 3 perkara yang boleh dijadikan faktor

Balik kampung isteri ke suami untuk raya ni? Untuk bantu anda buat keputusan, ini ada 3 perkara yang boleh dijadikan faktor

Balik kampung isteri ke suami untuk raya ni? Untuk bantu anda buat keputusan, ini ada 3 perkara yang boleh dijadikan faktor

Foto: flickr

Dalam tidak sedar kita sudah memasuki minggu akhir Ramadan, yang mana dalam 10 malam terakhir. Pada masa ini, mungkin ramai di antar kita mengambil kesempatan untuk beribadat, dan ada juga yang menyiapkan persiapan hari raya.

Pada setiap tahun, perkara yang mungkin dibincangkan adalah dari segi pulang berhari raya ke kampong halaman, sama ada pulang ke rumah ibu bapa, atau ke rumah mertua.

Bagi yang sudah lama berkahwin, perkara sebegini mungkin tidak ada masalah, oleh sebab menjadi kebiasaan untuk bergilir-gilir. Mungkin pada yang baru mendirikan rumah tangga, yang mana tahun pertama beraya bersama pasangan, sudah pasti perlu membuat keputusan dalam meraikan hari raya bersama keluarga.

Menerusi perkongsian dari saudara Salkukhairi Abd Sukor ini, ia mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk pulang berhari raya.

Foto: astro awani

NAK BALIK KAMPUNG SIAPA DULU RAYA NI? JANGAN GADUH-GADUH!

Apabila dekat-dekat nak raya ni, topik yang sering diperdebatkan oleh pasangan suami isteri ialah nak balik kampung siapa dulu. Balik kampung suami atau kampung isteri terlebih dahulu.

Masing-masing ada hujah masing-masing dan tak mahu mengalah. Akhirnya berlakulah pergaduhan dan tak bertegur sapa sesama pasangan.

Lebih malang lagi ada yang sanggup balik kampung asing-asing. Suami balik kampung suami. Isteri balik kampung isteri.

Perkara ini tak sepatutnya berlaku kepada pasangan suami isteri. Ini kerana Islam tidak pernah membezakan kedudukan antara ibu bapa kandung atau ibu bapa mertua.

Kedua duanya mempunyai kedudukan dan hak yang sama dan kedua-duanya perlu dihormati, dilayani dan di santuni dengan baik.

Jika pasangan suami isteri menganggap ibu bapa mertua juga sama kedudukannya seperti ibu bapa kandung sendiri, maka tidak akan timbullah rasa tidak puas hati jika tidak dapat beraya di kampung sendiri bersama ibu bapa sendiri.

Sama ada balik ke rumah ibu bapa sendiri atau rumah ibu bapa mertua terlebih dahulu, kedua-duanya tetap dapat pahala yang sama sebab menziarahi ibu bapa.

Jadi, jika kedua-duanya dapat pahala, mengapa perlu dibezakan antara beraya di kampung sendiri dan di kampung mertua.

Sebab itulah pemahaman tentang Islam di kalangan pasangan suami isteri perlulah jelas.

Foto: acaiiphotography

Di sini saya senaraikan 3 faktor yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada pasangan suami isteri dalam membuat keputusan untuk balik kampung siapa terlebih dahulu.

1. Faktor jarak kampung

Mungkin boleh diutamakan kampung yang lebih jauh dengan tempat tinggal kita berbanding kampung yang lebih dekat.

Sebab kebiasaannya sekiranya kampung ibu bapa kita atau pasangan itu jauh, mungkin kita jarang-jarang sekali dapat balik menziarahi mereka pada hari-hari biasa. Jadi di musim perayaan inilah peluang yang ada untuk kita menziarahi mereka terlebih dahulu.

2. Faktor kesihatan ibu bapa

Mungkin keutamaan boleh diberikan kepada ibu bapa yang menghadapi masalah kesihatan yang lebih kritikal. 

Sekurang kurangnya dengan kehadiran ramai anak anak cucu dapat mengurangkan kesakitan dan dapat memberi keceriaan kepada ibu bapa kita yang sakit tersebut.

3. Faktor adik beradik lain

Jika misalnya ramai adik beradik kita balik beraya di rumah mertua terlebih dahulu tahun ini, mungkin ada baiknya kita beraya di rumah ibu bapa kita terlebih dahulu. 

Sekurang-kurangnya tidaklah sunyi sangat ibu bapa kita akibat ramai anak-anak yang balik beraya di rumah mertua masing-masing terlebih dahulu. Selain itu dapatlah juga kita membantu ibu bapa kita menyiapkan persiapan hari raya. Tak de lah mereka masak lemang sorang-sorang misalnya.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting adalah persefahaman dan tolak ansur yang baik antara suami isteri dalam menentukan urusan balik kampung ini.

Redhalah dengan keputusan yang telah dipersetujui bersama. Jangan pula tak dapat balik kampung sendiri kita buat muka seposen dan muka protes terhadap pasangan kita.

Dan kepada para suami, pesan saya, janganlah sampai mengeluarkan perkataan derhaka kepada isteri jika isteri anda mungkin mempunyai pendapat yang berbeza tentang hal balik kampung ini.

Buatlah keputusan secara syura berdasarkan faktor-faktor dan pertimbangan yang rasional dengan penuh rasa kasih sayang, ikhlas dan berlapang dada.

Ingatlah, baik ibu bapa kandung atau ibu bapa mertua kita, mereka tetap ibu bapa kita juga.

Bersyukurlah, sekurang kurangnya kita masih punyai ibu bapa untuk menumpang kasih sayang. Kalau dah tak de ibu bapa, kan langsung tak boleh nak balik kampung dah. Jadi tak perlu gaduh-gaduh lah ya.

Semoga selamat balik beraya di kampung bersama ibu bapa tercinta nanti. Insya Allah.Ikhlas,
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Kuantan, Pahang

Apa yang penting adalah sikap toleransi antara kedua pasangan, suami dan isteri. Mungkin boleh juga, menetapkan hari raya aidilfitri di rumah suami, manakala hari raya aidil adha di rumah isteri pula, dan berlawanan pula pada tahun seterusnya, bergilir-gilir antara satu sama lain.

Apa yang pasti, ambil peluang yang ada, untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMBpVT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top