Konsep rahmatan lil alamin PH satu ‘ajaran sesat’


28 Zulhijjah 1439H, Ahad– Konsep rahmatan lil alamin yang didukung oleh Pakatan Harapan (PH) seharusnya diklasifikasikan sebagai ‘ajaran sesat’ kerana istilah yang berbaur Islam digunakan bagi mengelirukan umat Islam.
Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma (Ikatan Muslimin Malaysia), Muslim Abdullah Zaik berkata, konsep rahmatan lil alamin yang dibawa oleh PH adalah ajaran liberal yang diolah mengikut konteks tempatan.
“Jika dilihat pendekatan mereka misalnya dalam isu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT), ia dikatakan haram, namun umat Islam diletakkan di kandang pesalah dan LGBT diletakkan sebagai mangsa.
“Dalam isu sebat, sebat dikatakan sebahagian daripada hukum Islam namun pelaku diletakkan sebagai mangsa dan mahkamah syariah dikandang pesalah.
“Ia sekaligus meletakkan ajaran Islam semata-mata dalam kertas untuk dibahas dan bukan pengaplikasian yang menyeluruh,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Muslim berkata, ajaran ini meletakkan hak penafsiran dan pengaplikasian agama Islam ditangan ‘persepsi’ dan keinginan orang bukan Islam.
Katanya lagi, suara yang dibawa oleh PH adalah wakil orang bukan Islam ke atas orang Islam yang berfungsi menjinakkan umat Islam sejinak mereka. - Ismaweb 


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top